Bekalan.........

" Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan, seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan seperti MUTIARA gah bersinar BAHAGIA tatkala keluar dari cengkerangnya "

Thursday, July 29, 2010

Berblog & Perkhemahan

24.07.2010 - Hari ini En Hisyam telah mengajar kami student-student lama ni untuk berblog... almaklumlah selama ini tidak pernah aku mendekatkan diri dengan blog ni... tetapi sekarang kami diwajibkan untuk berblog sesama sendiri serta ianya juga bertujuan dibuat menggantikan jurnal...
Mula-mula pening jugak tapi makin lama semakin seronok pula..bila dah tahu buat, rasa mudah la pulak..dengan cara blog ni rasanya lagi senang kita berinteraksi sesama sendiri...juga kalau ada masa lapang duduk sorang-sorang tu buka blog, terus taip apa yang di rasa....
En Hisyam mengambil masa yang lama juga untuk mengajar kami, sepatutnya hari ini kami akan belajar cara mendirikan khemah terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang lain gara-gara blog...
Tetapi.... En Hisyam sempat mengajar kami beberapa perkara penting yang perlu dilakukan ketika menjalankan aktiviti perkhemahan seperti :-
1) Tempat sesuai untuk mendirikan khemah
2) Benda penting yang perlu dibawa
3) Cara penyusunan barang-barang keperluan dalam beg
4) Pakaian yang sesuai untuk aktiviti ini
Semoga semasa aktiviti perkhemahan ini berjalan semua akan mengikuti apa yang telah dipelajari..mudah-mudahan..juga tiada perkara yang tidak diingini berlaku...amin

Sunday, July 25, 2010

Ikatan Tali (Useful Knots)

17.07.2010. Aku telah diperkenalkan oleh En Hisyam cara-cara ikatan tali yang sentiasa digunakan sekiranya terlibat dengan beberapa aktiviti rekreasi. Mula-mula Bler juga... tapi dengan azam ingin tahu & terus mencuba... alhamdulillah berjaya juga ku lakukannya.
Kalau tak silap En. Hisyam ada menyebut kepada kami terdapat 153 ikatan yang ada tetapi tak lah semuanya kena ingat cuma kena ambil tahu je la...kami belajar mana-mana ikatan yang penting dan selalu digunakan ketika aktiviti luar.
Ikatan tali ni... memang susah sikit nak ingat lagi-lagi student2 macam kami ni... lambat sikit la..tapi boleh la..belajar 1 yang lagi 1 lupa.. ni kene buat selalu ni.. baru tersemat dalam minda..
Antara ikatan yg dipelajari ari ni ialah:-
- sheet Bend,
- double sheet bend,
- bowline,
- clove hitch,
- figure eight,
- figure eight loop,
- figure of eight double loop,
- Butterfly Knot,
- fisherman's knot
- double fisherman's knot.
Semua dapat dibuat tapi kat kelas la..insaallah ingat semua tapi buat boleh nama pula lupa.. ingat nama ikatan cara buat pula lupa.. macam mana ni....tapi usaha tetap ku lakukan walaupun lambat mudah-mudahan dalam exam boleh jawab..insaallah
Antara ikatan yang dipelajari :-

Sunday, July 18, 2010

PLK PDRM

Masih ingat lagi ketika aku telah ditawarkan untuk menyambung pengajian Diploma Sains Sukan di UiTM, Shah Alam dengan tajaan penuh oleh PDRM. Perasan gembira bercampur keliru serta terasa macam tak percaya berselang-seli. Masa tu, tidur pun tak lena, pening pun ada. Ia lah boleh ke aku teruskan impian untuk ke menara gading yang telah lama terpendam dengan pembahagian masa bersama keluarga, suami, anak, kerjaya juga pelajaran yang bakal dihadapi, dengan title isteri, ibu, anak, pekerja dan sebagainya. Perasaan bercampur baur jadinya…..tapi itu 4 tahun lepas.

Alhamdullillah….. sekarang semuanya telah di atasi dengan sebaiknya. Sekarang dah masuk semester ke 7, bermakna tinggal 1 semester sahaja lagi untuk aku memengang diploma yang menjadi impian ketika di alam persekolahan dulu dan syukur kepadaNya aku telah ke tahap ini tanpa ada subjek yang perlu diulang, walaupun markah pun cukup-cukup je.

Terlalu bayak pengorbanan yang telah dilakukan….. banyak suka dan dukanya untuk aku di tahap ini. Pada mereka yang tidak melaluinya mungkin menganggap ia tiada apa tetapi tidak aku untuk mendapatkan segulung diploma bukan mudah. Ramai rakan-rakan sering bertanya….’dah abis belajar lum… bila dijawab dah masuk sem 7, masing-masing cakap .. iye, kejap je dah nak gred’. Sesungguhnya mereka tidak tahu pengorbanan demi pengorbanan yang telah aku alami untuk sampai ke tahap ini.

Jika hendak diceritakan tentang pengorbanan itu, rasanya tidak cukup dalam sehari membacanya tetapi biarlah saya simpan ia menjadi kenangan dan biarlah ianya menjadi dairi hidup aku… untuk aku jadikan pedoman di masa hadapan.

Kadang-kadang aku sendiri tidak percaya….’aku telah bergelar graduan’… mungkin itu ini akan menjadi satu imprirasi setidak-tidaknya kepada anakku. Bolehlah aku menjadi contoh kepadanya dimasa akan datang… insaallah..Amin.

SPS 133 Outdoor Recreation

Tanggal 10.07.2010, kelas aku bermula untuk Sementer ke-7. Salah satu subjek pada sem kali ini ialah SPS 133 – Outdoor Recreation. Subjek ini merupakan subjek yang perlukan tahap kecerdasan yang tinggi. Subjek ini akan diambil oleh En. Hisyam Che mat. Pada pengenalan subjek je dah gerun.

Ada juga aku merisik khabar dari senior kami mengenai subjek ini dan mereka ada menceritakan serba sedikit mengenai subjek ini. Perasaan teruja serta sedikit gerun mula menghantui aku… boleh ke aku buat ni… bayangkan lah… semua perbuatan-perbuatan yang lasak perlu dibuat tapi insaallah akan aku hadapinya dengan tabah.

Mengenai aktiviti berkayak…. Ok la juga sebab dulu aku pernah aktif dalam sukan ni, tapi itu 10 tahun lepas. Bayangkan lah dengan saiz badan sekarang… stamina dah tak berapa… eeeee.. macam manalah agaknya kan. Semoga aku Berjaya menempuhnya dengan jayanya…insaallah.

Thursday, July 15, 2010

Aiman Irfan


Hari bahagiaku telah ditakdirkan pada 14 Sept 2001 dengan suamiku Mohd Rosli Bin Osop. Aku sah bergelar isteri dengan sekali lafaz akad nikah sahaja. Hari tersebut telah menjadi satu sejarah dalam dairi hidupku, semua sanak saudara serta sahabat andai telah hadir pada majlis tersebut. Masih segar dalam ingatan, kami telah diraikan seperti raja dan permaisuri, sungguh bahagia pada saat dan ketika itu......
Melengkapkan seri rumahtangga, alhamdulillah pada 26 Julai 2002 kami telah dikurniakan dengan seorang putera yang telah diberi nama Aiman Irfan.
Aiman Irfan adalah seorang budak yang boleh dikategorikan sebagai seorang kanak-kanak yang cerdas dan cergas. Semenjak lahir sehingga kini genap umurnya 8 tahun pelbagai dugaan suka dan duka untuk membesarkannya.
Oleh kerana Aiman merupakan anak tunggal kami (setakat ini) kami telah mencurahkan perasaan kasih sayang tanpa berbelah bagi untuknya tetapi jika ada silapnya kena juga...bak kata orang dulu-dulu sayang isteri tinggal-tinggalkan dan sayang anak tangan-tangankan... bukan apa sekadar berniat untuk mengajar... tak salah kan
Kami mendidik beliau sebaik yang mungkin. Semoga Aiman mengerti pengorbanan kami untuknya dan juga semoga Aiman menjadi seperti yang kami harapkan satu hari nanti

Tuesday, July 13, 2010

Penat Lelah Abah & Emak Terbalas

Tanggal 2 Feb 1978 aku telah dilahirkan ke dunia fana ini di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku merupakan anak pertama dalam keluarga. Aku telah ditakdirkan untuk lahir dalam keluarga yang serba sederhana namun aku redha dengan ketentuanNya, sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan ada khidmah disebaliknya, siapa tahu kan....
Aku merupakan anak peneroka (beliawanis) Felda Jelai 2, Gemas, N9. Dimana disitulah tempat ku dibesarkan. Aku adalah anak jati felda sesungguhnya aku cukup mengerti susah payah kedua abah dan emak untuk membesarkan kami empat beradik.
Masih segar dalam ingatanku, seawal jam 4.00 pagi abah dan emak sudah bangun untuk mencari rezeki yang halal dengan menoreh getah seluas 10 ekar yang telah diamanahkan oleh felda untuk diusahakan. Aku sebagai anak sulong bertanggungjawab penuh untuk memimpin adik-adik ke sekolah. Betapa susahnya kehidupan kami ketika itu.... hanya dia yang maha mengetahui.
Sekarang seperti yang semua maklum susah payah abah dan emak telah terbalas, dengan kesabaran itu, kini abah dan emak telah sedikit senang, anak-anak semua telah mempunyai keluarga sendiri, berbekalkan wang RM 1200 sebulan yang diberi pihak felda sudah cukup menampung kehidupan mereka berdua di kampung. Itu lah pembalasan diatas kesabaran mereka selama ini kira-kira hampir 30 tahun bergelar peneroka.
Kini abah dan emak telah boleh memiliki kereta sendiri, walaupun tak seberapa namun bolehlah membawa mereka menziarah anak dan cucu di bandar...
Alhamdulillah.... semuanya berkat kesabaran mereka selama ini.... sekian.