Bekalan.........

" Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan, seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan seperti MUTIARA gah bersinar BAHAGIA tatkala keluar dari cengkerangnya "

Tuesday, July 13, 2010

Penat Lelah Abah & Emak Terbalas

Tanggal 2 Feb 1978 aku telah dilahirkan ke dunia fana ini di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku merupakan anak pertama dalam keluarga. Aku telah ditakdirkan untuk lahir dalam keluarga yang serba sederhana namun aku redha dengan ketentuanNya, sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan ada khidmah disebaliknya, siapa tahu kan....
Aku merupakan anak peneroka (beliawanis) Felda Jelai 2, Gemas, N9. Dimana disitulah tempat ku dibesarkan. Aku adalah anak jati felda sesungguhnya aku cukup mengerti susah payah kedua abah dan emak untuk membesarkan kami empat beradik.
Masih segar dalam ingatanku, seawal jam 4.00 pagi abah dan emak sudah bangun untuk mencari rezeki yang halal dengan menoreh getah seluas 10 ekar yang telah diamanahkan oleh felda untuk diusahakan. Aku sebagai anak sulong bertanggungjawab penuh untuk memimpin adik-adik ke sekolah. Betapa susahnya kehidupan kami ketika itu.... hanya dia yang maha mengetahui.
Sekarang seperti yang semua maklum susah payah abah dan emak telah terbalas, dengan kesabaran itu, kini abah dan emak telah sedikit senang, anak-anak semua telah mempunyai keluarga sendiri, berbekalkan wang RM 1200 sebulan yang diberi pihak felda sudah cukup menampung kehidupan mereka berdua di kampung. Itu lah pembalasan diatas kesabaran mereka selama ini kira-kira hampir 30 tahun bergelar peneroka.
Kini abah dan emak telah boleh memiliki kereta sendiri, walaupun tak seberapa namun bolehlah membawa mereka menziarah anak dan cucu di bandar...
Alhamdulillah.... semuanya berkat kesabaran mereka selama ini.... sekian.

No comments: