Bekalan.........

" Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan, seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan seperti MUTIARA gah bersinar BAHAGIA tatkala keluar dari cengkerangnya "

Thursday, July 15, 2010

Aiman Irfan


Hari bahagiaku telah ditakdirkan pada 14 Sept 2001 dengan suamiku Mohd Rosli Bin Osop. Aku sah bergelar isteri dengan sekali lafaz akad nikah sahaja. Hari tersebut telah menjadi satu sejarah dalam dairi hidupku, semua sanak saudara serta sahabat andai telah hadir pada majlis tersebut. Masih segar dalam ingatan, kami telah diraikan seperti raja dan permaisuri, sungguh bahagia pada saat dan ketika itu......
Melengkapkan seri rumahtangga, alhamdulillah pada 26 Julai 2002 kami telah dikurniakan dengan seorang putera yang telah diberi nama Aiman Irfan.
Aiman Irfan adalah seorang budak yang boleh dikategorikan sebagai seorang kanak-kanak yang cerdas dan cergas. Semenjak lahir sehingga kini genap umurnya 8 tahun pelbagai dugaan suka dan duka untuk membesarkannya.
Oleh kerana Aiman merupakan anak tunggal kami (setakat ini) kami telah mencurahkan perasaan kasih sayang tanpa berbelah bagi untuknya tetapi jika ada silapnya kena juga...bak kata orang dulu-dulu sayang isteri tinggal-tinggalkan dan sayang anak tangan-tangankan... bukan apa sekadar berniat untuk mengajar... tak salah kan
Kami mendidik beliau sebaik yang mungkin. Semoga Aiman mengerti pengorbanan kami untuknya dan juga semoga Aiman menjadi seperti yang kami harapkan satu hari nanti

No comments: