Bekalan.........

" Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan, seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan seperti MUTIARA gah bersinar BAHAGIA tatkala keluar dari cengkerangnya "

Friday, February 24, 2012

Kenangan Terindah





Lama rasanya telah kutinggalkan blog ni kan, rupa-rupanya dah hampir 2 tahun aku tak up date blog ni....Mengimbau kenangan semasa study memang seronok, segala suka, duka, tawa dan air mata dikenang kembali. Terlalu banyak perubahan...yang paling tersentuh dengan pemergian sahabat En Aswadi. Teringat kenangan semasa sama-sama belajar dulu, terlalu banyak tunjuk ajarnya kepadaku. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai...amin..
Pada November 2011 aku telah berjaya menggenggam Diploma yang ku idam-idamkan selama ini. Segala suka duka ku tempuhi selama 4 tahun ini amat bermakna pada hari itu. Kutatap wajah suami, mak dan abah terasa perasaan bercampur baur. Bang, isterimu telah berjaya mencapai impiannya....juga tak lupa mak dan abah...anakmu telah berjaya...alhamdulillah.
Aku telah berjaya..........

Monday, November 8, 2010

Final Camp (Part 4)

12.10.2010 (SELASA)
Pagi - Horeyyy...masa berkemas dan masa untuk balik.....dah lama rasanya tinggal anak dan suami. Hari ini, ibu balikkk..Setelah berkemas kami bertolak pulang ke formasi masing-masing... banyak pengalaman suka dan duka sepanjang 4 hari final camp ini... semestinya yang baik menjadi panduan serta pedoman dan sesungguhnya yang duka di jadikan tauladan di masa akan datang. Amin...


Kenangan terindah bersama kalian...

Final Camp (Part 3)

11.10.2010 (ISNIN)
Pagi - Hari ini aktiviti Caving. Seawal pagi setelah minum pagi kami bertolak ke Gua Tempurung untuk aktiviti ini. Kami telah diberi taklimat serta diiringi oleh seorang yang pakar sepanjang aktiviti ini. Mula-mula mendaki, kemudian turun curam dan sebagainya lah... penah, tuhan je tahu... di sini lah keimanan teruji... sehingga jam 4 petang baru keluar gua dan pulang ke kem semula.


Petang - Petang ini kami akan menjalani aktiviti Suvival, Setelah ditinggalkan di tempat yang telah ditetapkan... ha.. pandai2 la cam ne nak idup kan..semalaman kami di tempat yang di tinggalkan itu...dalam pukul 2.00 ptg kami di ambil dan pulang semula ke kem.

Friday, October 22, 2010

Final Camp (Part 2)

10.10.2010 (AHAD)
Pagi - Seawal pagi kami bangun dan terus dengan aktiviti senaman pagi. Selesai senaman pagi.. kami teruskan dengan aktiviti tuibing... ha..ha.. aktiviti menyusuri sungai dengan menggunakan tiub. Kami bertolak ke tempat permulaan dengan menggunakan lori UiTM. Sampai di tempat permulaan kami telah didedahkan dengan cara menyelamatkan diri sekiranya terjatuh dari tiub. Setelah semua ada, kami telah memulakan perjalanan secara berkumpulan. Ada diantara kami menggunakan kayak. Seingat aku, kami menyusuri sungai yang deras itu selama hampir 4 jam. Sepanjang perjalanan berapa kali aku hampir terbalik kerana berlawan dengan air sungai yang deras itu. Tapi semua selamat akhirnya... sampai di tapak perkhemahan, kami sempat berendam sekejap dalam sungai tersebut. Kemudian kami makan tengahari dan mandi untuk siap sedia dengan aktiviti orientering pula.



Petang - Kami semua telah diberi tugasan untuk membuat orientering. Kawasannya hanya sekitar kawasan perkhemahan kami..setelah selesai menanda kami bertukar dengan sesama kumpulan untuk mencari pula..selesai orientering... kami di suruh untuk bersedia dengan aktiviti lain pula..
Malam - Malam kami dibawa dalam aktiviti "night walk". Kami telah dibekalkan dengan sebatang lilin yang menyala(amanah) untuk di bawa sepanjang perjalanan seorang diri. Bayangkan lah berjalan sorang dengan lilin di tangan (tak boleh padam)tengah malam... penuh debaran.. tapi alhamdulillah sampai juga ke tempat berkumpul dengan selamat dan lilin masih terpasang.

Thursday, October 14, 2010

Final Camp - Kem Murni, Gua Tempurong, Gopeng, Perak

09.10.2010 (SABTU)
Jam 7.00 pagi kami semua dikehendaki berkumpul di Stor Fakulti untuk mengangkat barang-barang keperluan yang perlu di bawa ke tempat perkhemahan. Kami student PLK-PDRM menaiki bas yang telah di sediakan oleh pihak PDRM. Kami sampai ke Kem Murni kira-kira jam 11.00 pagi. Sampai di sana kami bergotong-royong menyediakan khemah. Alhamdulillah semua siap dan aku ditempat satu khemah dengan DeqLa.
Petang kami semua di beri peluang untuk membuat tuibing tapi dalam jarak yang dekat persediaan sebelum aktiviti tuibing pada esok hari. Berdebar juga....tapi ok la seronok gak.
Malam kami semua telah turut serta dalam manangement game dengan student degree... kiranya suai kenal la... lepas tu aktiviti lukis & teka mengikut kumpulan yang telah diberi. Opss lupa pula... aku telah diletakkan dalam kumpulan 2 (aku, e.zailan, Bob (student epjj) dan min). Abis aktiviti kami dibenarkan ke khemah masing-masing untuk berehat secukupnya untuk aktiviti esok pula.



Sama-sama berkerjasama mengangkat barang keperluan yang perlu dibawa selain barang peribadi masing-masing

Sunday, October 3, 2010

Abseiling /Orienteering (Praktikal)

02.10.2010. Hari ini 2 lagi aktiviti out door secara praktikal kami laksanakan. Awal pagi kami buat Orienteering dahulu. Dalam aktiviti ini aku telah digandingkan dengan En. Lan dan kami telah menamakan kumpulan kami 'ALZA' (Alia & Zailan). Mengikut arahan En Hisyam kami dikehendaki membuat 7 check point bermula dengan CP0 - CP6 dan selepas itu kami telah di lepaskan sebagai peserta dan ALZA dikehendaki mencari chech point WAJA dannnn akhirnya ALZA telah menjadi kumpulan ke-2 terpantas.... tahniah...
Jam 1100 hrs kami semua diarahkan naik ke tingkat 11 Menara 1, UiTM...jeng3 sampai lah masanya praktikal untuk abseiling dilakukan....mak kecutnya perutttttt..tapi akan ku harungi jua...insaallah..
En Hisyam telah menetapkan giliran... ha... aku turn no 8... apalagi aku pun mula memakai semua peralatan yang di wajibkan seperti yang telah dipelajari dalam kelas abseiling (teori). Semakin dekat giliran aku, semakin jantung ku berdenyut kencang... sampai la giliran aku...ha3
Sewaktu melangkah pagar tu..sesungguhnya tuhan je yang tahu... tapi aku wat maintain je.. lepas tu rupa2nya bila dah mula baru biasa je...alah tak lama rupanya cuma ambil masa dalam 15 minit je nak sampai kat bawah... uhhhh lepas hutang aku... sampai bawah gigil tu ada la... tapi macam dah bayar hutang RM1000.... legaaaa.
Ini gambar2 sepanjang aktiviti di jalankan:-


Sebelum Orienteering & Abseiling


Lengkap dengan peralatan Abseiling....tunggu giliran je..


Percubaan sebelum turun..


Ketika ini la yang paling berdebarrrr


Dah cool & selesa..


Alhamdulillah....berjaya akhirnya..yahoooo

Aktiviti hari ini telah berakhir dan segalanya telah berjalan seperti yang dirancang. Sessi pembelajaran hari ini tamat jam 2.00 petang. Semua telah berjaya menjalankan abseiling dengan jayanya.

Kayak

18.09.2010. Tibalah masanya aktiviti kayak dilakukan. Bila sebut pasal kayak ni ingat masa muda2 dulu...sememangnya kayak ni dah sinonim dengan aku sejak mula2 aku dalam polis dulu. Tapi cite lama...Dulu, aku aktif dalam sukan kayak ni, masa tu kat Johor...pernah group kami 'PDRM Johor' pergi tournement sampai Tanjung Pinang, Indonesia selain sekitar Johor. Bab Expidisi tu jangan cakap la, pernah ikut berkayak dari Segamat hingga Tanjung, Muar (4 hari 3 malam) memang best. Lagi satu dari Mersing expidisi pulau ke pulau sekitar Mersing (4 pulau - 5 hari 4 malam). Bab terbalik dalam laut, biasa la.. pernah aku kena suntikan sebab dah tersentuh dengan obor2 (lama sangat dah terbalik dalam laut)....tapi tu 9 tahun dulu (masa tu tengah slim lagi) aku berhenti aktif mulai berkahwin & bertukar ke IPD Petaling Jaya.
Hari ini kenangan lama terimbas. Aku belajar semula mengenai kayak. Hari ini bertempat di Tasik, Shah Alam aku bersama rakan2 yang lain diperkenalkan oleh En Hisyam dengan kayak. Syarat En. Hisyam kami semua wajib terbalik dan naik semula ke atas kayak so...
Sampai turn sku dan K.Mas, kami naik kayak dan berkayak ke tengah sedikit dan dalam kiraan 1.....2....3....bowwwww terbalik la kami dalam tasik, cepat2 masing2 selamatkan diri dan langkah pertama terbalikkan semula kayak kepada keadaan asal, kemudia saling bantu-membantu untuk naik semula ke atas kayak. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti di jadualkan... bagi aku lepas 1 hutang pada En. Hisyam (ha3 sorry En. Hisyam). Di bawah aku pamerkan gambar2 sepanjang aktiviti berlansung.


Aku telah digandingkan dengan Kak Mas...


Opssss dah dalam air.....selamatkan diriiii


Keadaan kami tengah berusaha....


En. Hisyam tetap maintain.....

Sunday, September 19, 2010

Abseiling / Rappelling (Teori)

04.09.2010. Minggu ni subjek yang aku anggap amat memerlukan keyakinan diri yang tinggi (tapi minggu ni baru teori je lum praktikal lagi... itu pun dah seram). Tak tahu lah yang lain tapi aku.....memang mencabar rasanya.
Pada awalnya En. Hisyam telah memperkenalkan kami dengan beberapa peralatan yang akan digunakan semasa aktiviti ini dijalankan. Aku mula biasakan diri dengan peralatan yang akan digunakan untuk aktiviti ini nanti.
En. Hisyam juga telah memperkenalkan kepada kami kepada beberapa aksi (cara) dalam aktiviti ini antaranya:-

Gaya biasa....


Gaya ni mencabar sikit kot (bagi aku la)


Ni gaya Siperman.... lagi la......

Baru buat kat lantai pun dah kecut.... lumlagi yang real....tak tahu la cam ne kan..
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar....insaallah..

Friday, September 17, 2010

Orienteering

21.08.2010 Minggu ini kami belajar mengenai ORIENTEERING pula. Tapi minggu ni cuma belajar teori sahaja sebelum kami didedahkan dengan praktikalnya. Mulanya En Hisyam telah memperkenalkan kami dengan beberapa peralatan yang perlu semasa aktiviti Orienteering di jalankan seperti Kad Orienteering, Kompas, peta dan beberapa alatan yang lain.

Sebelum itu, kami telah di ajar tentang cara menggunakan kompas tetapi mengikut En Hisyam pada praktikalnya nanti selalunya peserta jarang menggunakan kompas... walau apa pun kena ambil tahu juga kan. Mula-mula memang pening juga nak belajar guna kompas ni tapi berkat kesabaran dapat juga aku mengikuti pembejaran hari ini dengan jayanya..alhamdulillah.

Semoga apa yang telah dipelajari hari ini dapat digunakan semasa praktikal nanti..mudah-mudahan.

Mengikut En Hisyam aktiviti orienteering ini juga selalunya menguji minda kita sebagai peserta. Kena pandai baca peta dan berfikir dengan pantas.


Contoh Kad Orienteering yang akan dibekalkan kepada setiap peserta


Inilah kompas yang akan digunakan dalam aktiviti ini

Monday, August 16, 2010

First Aids

13.08.2010. Minggu ini kelas kami di Maktab Cheras, kami belajar mengenai "First Aids". Bagaimana jika kami menjadi first Aider jika berlaku sesuatu kemalangan. First Aid adalah satu pembelajaran bagaimana tindakan segera bagi menyelamatkan nyawa jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diduga. First Aids penting bagi aktiviti luar, ialah malang tak berbau kan.. ini cuma persediaan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
Seperti biasa kelas bermula jam 2.00 ptg. Semua sedia maklum minggu ni semua mesti ada kain anduh. En Hisyam telah memperturunkan ilmunya mula dari ikatan anduh tangan hingga ke kepala.Di sini ada beberapa gambar sepanjang pembelajaran hari ini berlalu:-


Tengok tu.... kami diberi peluang membuat balutan anduh sendiri


En. Hisyam menunjukkan kami cara-cara balutan anduh di kepala... pesakit pun boleh senyum....


Inilah semua balutan anduh yang dipelajari hari ini... ha3..ini jugalah model kami (ada gaya pesakit tak?)

Alhamdulillah... selesai sudah pembelajaran hari ini. Minggu depan kita jumpa lagi dengan pembelajaran yang lain pula...

Monday, August 9, 2010

Dirikan Khemah & Berenang..

31.07.2010. Bermulanya kelas Outdoor kami minggu ini, didedahkan dengan ilmu mendirikan khemah. Semua ikatan yang telah dipelajari minggu dulu dipraktikkan minggu ini. Dari khemah pusat kami belajar hinggalah kepada mendirikan khemah kecil. Ketika ini sikap kerjasama serta satu hati setiap daripada kami perlu ditunjukkan bagi melicinkan kerja-kerja mendirikan khemah tersebut. Alhamdulillah dalam masa 45 minit khemah pusat telah dapat didirikan.... syabas.. juga ucapan ribuan terima kasih kepada En Hisyam di atas tunjuk ajar yang diberikan.
Seronok bila buat sesuatu dengan semangat kerjasama serta sikap saling tolong-menolong ditunjukkan antara satu sama lain dalam group kami...




Setelah kelas mendirikan khemah kami berpindah ke Kolam Renang UiTM, tiba masanya kami didedahkan dengan aktiviti berenang atau "Water Confident". Ramai antara kami yang tidak tahu berenang termasuklah saya sendiri.Hampir 3 jam kami direndam dalam kolam renang tersebut. Pelbagai teknik renang telah diajar kepada kami oleh En. Hisyam dibantu oleh beberapa Student Digree (terima kasih adik-adik semua)
Semasa latihan saya sendiri tidak percaya yang saya boleh berenang... rasanya sepanjang dalam kolam renang tu berapa gelen air dah saya telan tanpa rela... lemas lah tu..Mula cecah dalam air cuak juga rasanya... dah sememangnya saya tahu dengan kebolehan renang sendiri (tak de maknanya). Bila En Hisyam suruh kami terjun dalam kolam renang tu.... ya allah mati lah aku... cuba buat tapi tak ada keberanian dalam diri...akhirnya berakhir juga latihan 'Water Confident'... syukur....
Kemudian, selain teknik berenang kami juga didedahkan dengan cara-cara menyelamat orang lemas. Saya telah dapat menyelamatkan orang yang lemas (student digree) dalam masa 18 minit..kira ok lah tu kot..
Dan.......selesailah kelas kami pada minggu ini... kita jumpa minggu depan..

Thursday, July 29, 2010

Berblog & Perkhemahan

24.07.2010 - Hari ini En Hisyam telah mengajar kami student-student lama ni untuk berblog... almaklumlah selama ini tidak pernah aku mendekatkan diri dengan blog ni... tetapi sekarang kami diwajibkan untuk berblog sesama sendiri serta ianya juga bertujuan dibuat menggantikan jurnal...
Mula-mula pening jugak tapi makin lama semakin seronok pula..bila dah tahu buat, rasa mudah la pulak..dengan cara blog ni rasanya lagi senang kita berinteraksi sesama sendiri...juga kalau ada masa lapang duduk sorang-sorang tu buka blog, terus taip apa yang di rasa....
En Hisyam mengambil masa yang lama juga untuk mengajar kami, sepatutnya hari ini kami akan belajar cara mendirikan khemah terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang lain gara-gara blog...
Tetapi.... En Hisyam sempat mengajar kami beberapa perkara penting yang perlu dilakukan ketika menjalankan aktiviti perkhemahan seperti :-
1) Tempat sesuai untuk mendirikan khemah
2) Benda penting yang perlu dibawa
3) Cara penyusunan barang-barang keperluan dalam beg
4) Pakaian yang sesuai untuk aktiviti ini
Semoga semasa aktiviti perkhemahan ini berjalan semua akan mengikuti apa yang telah dipelajari..mudah-mudahan..juga tiada perkara yang tidak diingini berlaku...amin

Sunday, July 25, 2010

Ikatan Tali (Useful Knots)

17.07.2010. Aku telah diperkenalkan oleh En Hisyam cara-cara ikatan tali yang sentiasa digunakan sekiranya terlibat dengan beberapa aktiviti rekreasi. Mula-mula Bler juga... tapi dengan azam ingin tahu & terus mencuba... alhamdulillah berjaya juga ku lakukannya.
Kalau tak silap En. Hisyam ada menyebut kepada kami terdapat 153 ikatan yang ada tetapi tak lah semuanya kena ingat cuma kena ambil tahu je la...kami belajar mana-mana ikatan yang penting dan selalu digunakan ketika aktiviti luar.
Ikatan tali ni... memang susah sikit nak ingat lagi-lagi student2 macam kami ni... lambat sikit la..tapi boleh la..belajar 1 yang lagi 1 lupa.. ni kene buat selalu ni.. baru tersemat dalam minda..
Antara ikatan yg dipelajari ari ni ialah:-
- sheet Bend,
- double sheet bend,
- bowline,
- clove hitch,
- figure eight,
- figure eight loop,
- figure of eight double loop,
- Butterfly Knot,
- fisherman's knot
- double fisherman's knot.
Semua dapat dibuat tapi kat kelas la..insaallah ingat semua tapi buat boleh nama pula lupa.. ingat nama ikatan cara buat pula lupa.. macam mana ni....tapi usaha tetap ku lakukan walaupun lambat mudah-mudahan dalam exam boleh jawab..insaallah
Antara ikatan yang dipelajari :-

Sunday, July 18, 2010

PLK PDRM

Masih ingat lagi ketika aku telah ditawarkan untuk menyambung pengajian Diploma Sains Sukan di UiTM, Shah Alam dengan tajaan penuh oleh PDRM. Perasan gembira bercampur keliru serta terasa macam tak percaya berselang-seli. Masa tu, tidur pun tak lena, pening pun ada. Ia lah boleh ke aku teruskan impian untuk ke menara gading yang telah lama terpendam dengan pembahagian masa bersama keluarga, suami, anak, kerjaya juga pelajaran yang bakal dihadapi, dengan title isteri, ibu, anak, pekerja dan sebagainya. Perasaan bercampur baur jadinya…..tapi itu 4 tahun lepas.

Alhamdullillah….. sekarang semuanya telah di atasi dengan sebaiknya. Sekarang dah masuk semester ke 7, bermakna tinggal 1 semester sahaja lagi untuk aku memengang diploma yang menjadi impian ketika di alam persekolahan dulu dan syukur kepadaNya aku telah ke tahap ini tanpa ada subjek yang perlu diulang, walaupun markah pun cukup-cukup je.

Terlalu bayak pengorbanan yang telah dilakukan….. banyak suka dan dukanya untuk aku di tahap ini. Pada mereka yang tidak melaluinya mungkin menganggap ia tiada apa tetapi tidak aku untuk mendapatkan segulung diploma bukan mudah. Ramai rakan-rakan sering bertanya….’dah abis belajar lum… bila dijawab dah masuk sem 7, masing-masing cakap .. iye, kejap je dah nak gred’. Sesungguhnya mereka tidak tahu pengorbanan demi pengorbanan yang telah aku alami untuk sampai ke tahap ini.

Jika hendak diceritakan tentang pengorbanan itu, rasanya tidak cukup dalam sehari membacanya tetapi biarlah saya simpan ia menjadi kenangan dan biarlah ianya menjadi dairi hidup aku… untuk aku jadikan pedoman di masa hadapan.

Kadang-kadang aku sendiri tidak percaya….’aku telah bergelar graduan’… mungkin itu ini akan menjadi satu imprirasi setidak-tidaknya kepada anakku. Bolehlah aku menjadi contoh kepadanya dimasa akan datang… insaallah..Amin.

SPS 133 Outdoor Recreation

Tanggal 10.07.2010, kelas aku bermula untuk Sementer ke-7. Salah satu subjek pada sem kali ini ialah SPS 133 – Outdoor Recreation. Subjek ini merupakan subjek yang perlukan tahap kecerdasan yang tinggi. Subjek ini akan diambil oleh En. Hisyam Che mat. Pada pengenalan subjek je dah gerun.

Ada juga aku merisik khabar dari senior kami mengenai subjek ini dan mereka ada menceritakan serba sedikit mengenai subjek ini. Perasaan teruja serta sedikit gerun mula menghantui aku… boleh ke aku buat ni… bayangkan lah… semua perbuatan-perbuatan yang lasak perlu dibuat tapi insaallah akan aku hadapinya dengan tabah.

Mengenai aktiviti berkayak…. Ok la juga sebab dulu aku pernah aktif dalam sukan ni, tapi itu 10 tahun lepas. Bayangkan lah dengan saiz badan sekarang… stamina dah tak berapa… eeeee.. macam manalah agaknya kan. Semoga aku Berjaya menempuhnya dengan jayanya…insaallah.

Thursday, July 15, 2010

Aiman Irfan


Hari bahagiaku telah ditakdirkan pada 14 Sept 2001 dengan suamiku Mohd Rosli Bin Osop. Aku sah bergelar isteri dengan sekali lafaz akad nikah sahaja. Hari tersebut telah menjadi satu sejarah dalam dairi hidupku, semua sanak saudara serta sahabat andai telah hadir pada majlis tersebut. Masih segar dalam ingatan, kami telah diraikan seperti raja dan permaisuri, sungguh bahagia pada saat dan ketika itu......
Melengkapkan seri rumahtangga, alhamdulillah pada 26 Julai 2002 kami telah dikurniakan dengan seorang putera yang telah diberi nama Aiman Irfan.
Aiman Irfan adalah seorang budak yang boleh dikategorikan sebagai seorang kanak-kanak yang cerdas dan cergas. Semenjak lahir sehingga kini genap umurnya 8 tahun pelbagai dugaan suka dan duka untuk membesarkannya.
Oleh kerana Aiman merupakan anak tunggal kami (setakat ini) kami telah mencurahkan perasaan kasih sayang tanpa berbelah bagi untuknya tetapi jika ada silapnya kena juga...bak kata orang dulu-dulu sayang isteri tinggal-tinggalkan dan sayang anak tangan-tangankan... bukan apa sekadar berniat untuk mengajar... tak salah kan
Kami mendidik beliau sebaik yang mungkin. Semoga Aiman mengerti pengorbanan kami untuknya dan juga semoga Aiman menjadi seperti yang kami harapkan satu hari nanti

Tuesday, July 13, 2010

Penat Lelah Abah & Emak Terbalas

Tanggal 2 Feb 1978 aku telah dilahirkan ke dunia fana ini di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku merupakan anak pertama dalam keluarga. Aku telah ditakdirkan untuk lahir dalam keluarga yang serba sederhana namun aku redha dengan ketentuanNya, sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan ada khidmah disebaliknya, siapa tahu kan....
Aku merupakan anak peneroka (beliawanis) Felda Jelai 2, Gemas, N9. Dimana disitulah tempat ku dibesarkan. Aku adalah anak jati felda sesungguhnya aku cukup mengerti susah payah kedua abah dan emak untuk membesarkan kami empat beradik.
Masih segar dalam ingatanku, seawal jam 4.00 pagi abah dan emak sudah bangun untuk mencari rezeki yang halal dengan menoreh getah seluas 10 ekar yang telah diamanahkan oleh felda untuk diusahakan. Aku sebagai anak sulong bertanggungjawab penuh untuk memimpin adik-adik ke sekolah. Betapa susahnya kehidupan kami ketika itu.... hanya dia yang maha mengetahui.
Sekarang seperti yang semua maklum susah payah abah dan emak telah terbalas, dengan kesabaran itu, kini abah dan emak telah sedikit senang, anak-anak semua telah mempunyai keluarga sendiri, berbekalkan wang RM 1200 sebulan yang diberi pihak felda sudah cukup menampung kehidupan mereka berdua di kampung. Itu lah pembalasan diatas kesabaran mereka selama ini kira-kira hampir 30 tahun bergelar peneroka.
Kini abah dan emak telah boleh memiliki kereta sendiri, walaupun tak seberapa namun bolehlah membawa mereka menziarah anak dan cucu di bandar...
Alhamdulillah.... semuanya berkat kesabaran mereka selama ini.... sekian.